Semua restoran
Penghantaran makanan di Kepong
Apabila terasa niat untuk makan di luar atau membuat pesanan, Kepong mempunyai pelbagai pilihan hidangan kegemaran anda. Di sini, anda boleh mencuba pelbagai hidangan dari seluruh dunia, termasuklah makanan Cina, Melayu dan Eropah. Terletak di tengah-tengah ruang hijau di bandar ini terdapat restoran dan kafe yang sedia memanjakan anda dengan sushi, burger, roti bakar dan smoothie. Sekiranya anda suka makan tengah hari atau tidak mempunyai masa untuk memasak selepas bekerja, anda boleh memesan hidangan lazat dari restoran yang membuat penghantaran di Kepong. Buatlah pesanan makanan dengan foodpanda di Kepong dan ia akan sampai terus ke pintu anda.
Penghantaran makanan berhampiran saya: pesan makanan dalam talian dengan foodpanda
Kini terdapat bintang baru di bandar: foodpanda adalah perkhidmatan penghantaran untuk semua sajian yang amat lazat. Khidmat penghantaran makanan di Malaysia semakin popular, dan ini disebabkan oleh waktu kerja yang lebih lama dan ianya memang memudahkan. Dengan adanya perkhidmatan foodpanda, anda boleh memesan makanan di jua untuk dihantar ke rumah atau pejabat anda sepantas kilat. Kami hanya memilih restoran dan kafe yang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian kami untuk memastikan kualiti yang luar biasa.
Hidangan popular untuk dipesan di Kepong
Dengan jumlah penduduk Cina yang ramai, tidak hairanlah makanan Cina adalah antara pilihan kegemaran Kepong. Tetapi anda juga akan menjumpai banyak kedai roti yang menawarkan kek ala tempatan dan Eropah seperti croissant dan biskut. Memandangkan anda boleh memesan dari foodpanda sepanjang masa, anda akan menjumpai pilihan sarapan yang lazat serta hidangan lengkap makan malam dan macam-macam lagi. Bagi anda yang inginkan diet yang sihat, terdapat banyak restoran sushi dan bar jus yang boleh dipesan.
Restoran terbaik yang menghantar makanan di Kepong
The Social adalah salah satu restoran Kepong yang paling popular. Menunya merangkumi makanan kegemaran Asia serta hidangan pasta Itali, burger gaya Amerika, salad dan juga piza. Sushi King adalah pilihan terbaik untuk pencinta makanan Jepun, sementara peminat teh boba akan tertarik kepada Tealive yang menghidangkan minuman seperti teh matcha, teh sparkling bubble dan milkshake. Pemgamal gaya hidup vegetarian dan vegan pasti menemui pilihan yang sesuai apabila memesan dari Steamboat, sebuah restoran yang menyajikan makanan Cina tanpa daging. Akhir sekali, anda juga boleh memesan sekotak kek dari Kedai Bakery untuk dikongsi sewaktu bertemu dengan rakan ketika sesi meminum kopi atau teh.