Semua restoran
Penghantaran makanan di Kulai: Rasa Malaysia
Terletak di negeri Johor, penduduk tempatan di Kulai amat sukakan makanan tempatan. Mi adalah makanan utama yang sering disajikan dalam hidangan seperti laksa. Ia adalah sup pedas dengan daging atau ikan yang kadang-kadang dibuat dengan santan. Terdapat juga banyak hidangan yang diinspirasikan daripada masyarakat Cina, seperti mi wantan yang dibuat dengan sayur-sayuran hijau dan ladu. Pencuci mulut dan puding pula dibuat daripada beras dan kelapa serta buah-buahan segar. Pisang mudah didapati di seluruh daerah dan biasanya dimasak menjadi kuih-muih atau digoreng.
Restoran terbaik di Kulai dengan ulasan positif
Restoran yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di Kulai popular di foodpanda. Salah satu restoran yang paling banyak diulas adalah My Kluang Coffee, ia mempunyai menu yang menyajikan beraneka minuman, snek dan makanan. Restoran Al-Ashiq adalah tempat yang terkenal dengan nasi gorengnya. Mereka menyajikannya dengan telur atau ayam dan mereka turut meletak ketulan ayam goreng yang banyak. Ramun Delights Kulai pula khusus menjual kek dan pastri, tetapi mereka juga menyediakan hidangan spageti termasuk bolognese dan carbonara. Apabila bercakap tentang kek, mereka mempunyai kek yang lazat seperti red velvet dan mentega kacang serta pastri badam dan kek keju.
Restoran jenis apa yang anda akan jumpa apabila memesan makanan di Kulai?
Secara amnya, anda boleh dapat hampir semua jenis masakan apabila memesan penghantaran makanan di Malaysia dan Kulai adalah salah satu contohnya. Rantaian burger gaya Amerika menyajikan kentang goreng masin dan minuman ringan, sementara kedai piza menawarkan piza lembut dengan pelbagai topping yang ada. Terdapat juga banyak kafe dan bistro tradisional Malaysia dengan hidangan sup, mi dan makanan laut segar. Kedai kopi juga boleh dijumpai di seluruh bandar, tetapi jika anda tidak menyukai kopi, mereka juga ada menjual teh buah.
Guna foodpanda untuk memesan makanan secara dalam talian
Membuat pesanan dengan foodpanda adalah semudah ABC. Cari 'penghantaran makanan berdekatan saya' dan beritahu kami di mana anda berada. Hanya dalam beberapa minit, pesanan anda akan dibuat dan diproses. Sekiranya anda mencari idea apa yang ingin dimakan, menu setiap restoran disertakan dengan gambar. Jadi anda boleh memilih makanan yang diinginkan. Anda boleh membuat pesanan melalui aplikasi atau laman web dan kami mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang ramah untuk membantu anda dalam sebarang masalah.