rider-banner-icon
     

Semua restoran

Nikmati penghantaran makanan segera di sekitar Johor Bahru.

Mencari pilihan servis penghantaran makanan di sekitar Johor Bahru? Tidak kira sama ada anda rakyat tempatan mahupun yang datang berkunjung ke ibu negara Malaysia ini,anda mempunyai banyak pilihan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.Bandar besar yang terletak di selatan semenanjung Malaysia ini ternyata mempunyai kepelbagaian dari sudut hidangan yang sesuai dengan bajet anda.Anda juga boleh dapatkan pelbagai pilihan citarasa makanan apabila anda memilih perkhidmatan penghantaran makanan dari foodpanda.Selain daripada hidangan tradisi Melayu, anda juga boleh dapatkan variasi hidangan masakan India dan Cina.


Pesanan makanan dalam talian lebih mudah dengan foodpanda

Kami memudahkan perjalanan anda bagi menikmati hidangan kegemaran anda walau dimana anda berada di sekitar Johor Bahru.Kami menjalankan servis penghantaran makanan pada para penggemar makanan, hanya perlu klik pada menu pilihan restoran di sekitar Johor. Buat pesanan makanan dimana sahaja anda berada tidak kira di rumah atau di tempat kerja. Anda boleh melihat ulasan dari pelanggan yang sebelumnya bagi membuat pilihan makanan dan buat pesanan dengan hanya di hujung jari sahaja.Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba menu baru dari restoran-restoran terbaru kami.

Temui hidangan yang disajikan oleh restoran tebaik di sekitar Johor Bahru

Tidak pasti untuk membuat pesanan? Anda mempunyai pelbagai pilihan menu yang berkualiti jika anda memilih foodpanda sebagai medium perkhidmatan penghantaran makanan. Kami akan memastikan yang anda tidak akan kecewa dengan variasi pilihan makanan terbaik di bandar ini. Anda juga boleh mencuba makanan laut dari Niniq Javanese Cuisine, hidangan ringkas bersama mee klasik dari The Rainbow Kafe, atau hidangan asli rakyat America dari Anmur Cafe. Temui menu terbaru hari ini apabila anda memesan hidangan dari foodpanda.

Hidangan terkenal masyarakat Johor

Anda juga boleh dapatkan pelbagai hidangan tradisi masyarakat Johor di Johor Bahru, tetapi ia akan memakan masa bagi mencuba kesemua masakan tradisi ini. Seperti Laksa Johor, Laksa digantikan dengan spagetti yang dihidangkan bersama kuah yang lemak dan enak. Mee Rebus adalah juadah masakan Johor yang terkenal, mee kuning dihidangkan bersama kuah hasil rebusan daging dan cili menyeimbangkan rasa manis dan pedas terhadap hidangan tersebut. Antara hidangan lain yang popular adalah San Lou Fried Bee Hoon. Meskipun secara luaran hidangannya ia kelihatan seakan-akan hangus, tetapi ia kaya dengan rasa makanan laut yang menaikkan lagi rasa klasik hidangan itu.