rider-banner-icon
     

Semua restoran

Penghantaran makanan di Sandakan: cuba sesuatu yang baru hari ini

Apabila memesan penghantaran makanan di Malaysia, anda akan dapat menikmati masakan yang hebat di negara ini. Sandakan terletak di negeri Sabah di Malaysia dan orang tempatan dikenali sebagai Sabahan. Antara hidangan yang paling popular termasuklah hinava; ia dibuat dari ikan, perahan limau, cili, dan halia. Gerai makanan jalanan biasanya menjual makanan ringan panggang atau goreng yang enak dan sering dimasak dengan ikan, seperti ikan mackerel dan keropok manis atau pastri biasanya dibuat dengan gula, santan, tepung beras yang digoreng dalam minyak masak.

Restoran terbaik di Sandakan

Al Falah Kandar adalah syurga bagi peminat nasi goreng dan hidangan mi goreng. Anda boleh memilih dari nasi goreng dengan ayam lemon, udang dan lada hitam atau mi dengan sotong, ayam dan tomato. Para cef di sana juga memyediakan ikan goreng yang enak. OldTown adalah restoran yang menawarkan banyak tawaran hebat, dengan pakej makanan istimewa yang disertakan dengan minuman percuma. Anda boleh memilih dari nasi lemak, nasi goreng, mi serta sup, dan mereka juga menawarkan pencuci mulut seperti roti mentega kacang dan roti yang direndam dalam susu pekat. Starbucks adalah tempat yang sesuai untuk minuman dan makanan ringan dengan kopi ais dan mangga serta teh buah markisa. Jika anda terlalu lapar, mereka juga menyajikan kek, pastri, sandwic dan pasta.

Restoran yang membuat penghantaran di Sandakan: apa yang ditawarkan?

Apabila mencari 'penghantaran makanan berdekatan saya' di Sandakan, anda pasti sedang memikirkan tentang makanan. Bandar ini mempunyai banyak restoran hebat, jadi anda pasti akan menemui apa sahaja yang dimahukan. Terdapat restoran besar seperti OldTown, Starbucks, Pizza Hut dan Tealive yang menyajikan kopi, piza dan burger kegemaran ramai. Terdapat juga banyak restoran Jepun, Cina dan Malaysia.

Pesan makanan di Sandakan dengan foodpanda

Anda boleh memesan makanan secara dalam talian dengan aplikasi mesra pengguna foodpanda, jadi anda boleh membuat pesanan dalam perjalanan; ia sesuai untuk telefon bimbit Android, iOS dan Windows. Anda boleh melihat beratus-ratus menu, semuanya dipaparkan bersama gambar untuk memudahkan anda memilih makanan yang sesuai, dan membuat pesanan hanya dengan beberapa klik. Penghantar akan membawa dan menghantar makanan terus ke pintu anda secepat mungkin. Sekiranya mempunyai masalah, anda boleh berbual dengan kami melalui sistem perkhidmatan pelanggan 24 jam kami di mana kakitangan kami yang ramah akan membantu dengan senang hati.