rider-banner-icon
     

Semua restoran

Terokai restoran yang membuat penghantaran di Sibu

Apabila memesan penghantaran makanan di Malaysia, secara amnya anda akan mendapat campuran restoran rantaian terkenal di peringkat antarabangsa dan restoran tempatan yang digemari rami. Di Sibu, nama besar seperti Starbucks, Pizza Hut dan KFC menyajikan makanan segera yang tidak asing lagi kepada semua, sementara itu puluhan restoran tempatan yang lain pula menyajikan mi, nasi, dan roti. Terdapat juga banyak kedai minuman yang menjual jus, teh boba dan jeli yang diperbuat daripada mangga, betik, bijan serta karamel. Apa sahaja yang diidamkan, anda akan dapati di Sibu.

foodpanda sedia membantu anda mencari penghantaran makanan di Sibu

Sekiranya anda mencari 'penghantaran makanan berdekatan saya', foopanda boleh membantu! Kami mempamerkan semua restoran paling popular di Sibu agar anda dapat melihat senarai menu mereka. Setelah memilih makanan, anda boleh membuat pesanan dengan hanya beberapa klik melalui aplikasi atau laman web kami. Pesanan akan dihantar kepada anda oleh salah seorang rider kami yang terlatih agar anda boleh menjamu selera di rumah sendiri.

Cuba sesuatu yang baru apabila anda memesan makanan dalam talian di Sibu

Makanan di Sibu adalah gabungan pengaruh tradisional Malaysia dan negara Asia yang lain. Hidangan tempatan dikenali sebagai masakan Sarawak dan banyak makanan tradisional mengandungi nasi, makanan laut, herba dan rempah-rempah seperti serai, halia, dan kunyit. Laksa adalah salah satu resipi yang paling banyak dimakan. Ia dibuat dengan mi, rempah, daging atau ikan. Mi Kolo adalah hidangan mi kegemaran dan sering disajikan dengan sup, kicap, dan bawang rangup. Akhir sekali, kek lapis Sarawak yang enak adalah kek yang lembut, dilapis dengan pelbagai warna dan dihidangkan di majlis-majlis khas.

Pesan makanan secara dalam talian daripada restoran paling lazat di Sibu

Restoran terbaik di Sibu menawarkan banyak pilihan menu yang sesuai dengan setiap selera, sama ada anda menginginkan makanan segera atau makanan manis. Ahim Roti Canai menyajikan roti paling enak di Sibu dengan pelbagai inti termasuk keju, telur, coklat dan mentega kacang. Dikenali dan digemari di seluruh dunia, Starbucks pastinya popular. Menu mereka merangkumi sandwic dan kek serta roti seperti donat, mufin dan pastri. Mereka juga mempunyai banyak pilihan minuman panas dan sejuk, dari minuman ais dengan jagung manis dan karamel ke latte panas yang menyelerakan. SugarBun pula menyajikan hidangan tradisional Malaysia dengan ikan, nasi dan kari yang berlemak serta makanan kegemaran ala restoran seperti kentang baji, kentang goreng dan burger.