Enfalac SP Step 1 500g
RM 64.75
Product information
Enfalac SP Step 1 dengan DHA & ARA dirumuskan untuk bayi yang lahir cukup bulan sehingga 12 bulan.
Enfalac SP Step 1 mengandungi:
17mg DHA & 25mg ARA: DHA & ARA membantu dalam perkembangan penglihatan bayi.
Asid folik: Penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.
Kalsium, vitamin D & zat besi: Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Vitamin D membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus. Zat besi merupakan faktor dalam pembentukan sel darah merah.
Kolina: Dengan 120mg kolin bagi setiap 100g.
Untuk siapa: Dirumuskan untuk bayi hingga 12 bulan.
Langkah penyediaan & jadual penyusuan:
1. Letakkan botol susu dan peralatannya yang telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benar-benar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap.
2. Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air hingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih sehingga kering.
3. Baca arahan pada label susu formula untuk mengetahui sukatan air dan susu yang diperlukan. Penggunaan susu formula yang berlebihan atau kurang daripada arahan sukatan pada label boleh menyebabkan bayi sakit.
4. Tuangkan air mendidih dalam sukatan yang betul ke dalam botol susu yang telah dibersihkan dan disterilkan. Suhu air bagi penyediaan susu formula hendaklah tidak kurang daripada 70°C. Bagi penyediaan di rumah, suhu tersebut boleh ditentukan dengan membiarkan air yang telah dididihkan pada suhu bilik tidak lebih daripada 30 minit. Jika menggunakan termometer, gunakan termometer tanpa merkuri yang bersih dan steril. Berhati-hati untuk mengelakkan kelecuran berlaku. Suhu air akan berbeza bergantung kepada cara penyediaan setiap susu formula. Rujuk arahan pada label susu.
5. Tambah susu formula dalam sukatan yang betul ke dalam botol susu yang telah berisi air. Goncang botol susu untuk memastikan susu dan air bercampur dengan sempurna.
6. Turunkan suhu susu dengan memegang botol susu di bawah air paip yang mengalir atau meletakkannya di dalam bekas berisi air sejuk atau ais. Untuk mengelakkan bancuhan susu daripada dicemari, pastikan paras air untuk menyejukkan bancuhan susu berada di bawah paras penutup botol susu.
7. Semak suhu susu dengan menitiskan sedikit pada pergelangan tangan anda. Susu seharusnya suam dan tidak panas. Jika susu masih terasa panas, sejukkan lagi sebelum diberi kepada bayi.
8. Buang lebihan susu atau susu yang telah terdedah kepada udara selama lebih daripada 1 jam.
Sentiasa ikuti arahan pada pek dengan teliti.
Kebersihan, penyediaan, pelarutan, penggunaan, dan penyimpanan yang betul adalah sangat penting semasa menyediakan rumusan bayi. Rumusan bayi adalah tidak steril dan tidak seharusnya diberikan kepada bayi pramatang atau bayi yang mempunyai masalah imuniti melainkan diarahkan dan diawasi oleh pakar kesihatan bayi anda.
Rujuk pakar kesihatan bayi anda tentang rumusan yang sesuai untuk bayi anda. Rujuk juga pakar kesihatan bayi anda tentang keperluan menggunakan air didih yang telah disejukkan untuk bancuhan serta keperluan mendidihkan peralatan, botol, dan puting yang bersih di dalam air sebelum digunakan.
Simpan pek di dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering pada suhu bilik. Jangan bekukan dan elakkan haba yang berlebihan.
Maklumat nutrisi: Nutrien utama termasuk DHA & ARA, kalsium, vitamin D, zat besi, kolina, asid folik, serat diet, asid linoleik (omega 6), asid alfa-linolenik (omega 3)
Notis penting: Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Rumusan bayi hanya boleh digunakan atas nasihat pakar kesihatan.
More like this

Enfalac GE Step 1 475g
RM 89.90Spend RM49.00 for RM8.80 off
Enfalac A+ 2FL Step 1 (0-12 Months) 475g
RM 83.90
Frisolac Infant Step 2 (6-18 Months) 600g
RM 86.65
Enfalac A+ 2FL Step 2 (6-18 Months) 475g
RM 80.70
Frisolac Infant Step 1 (0-12 Months) 600g
RM 91.60
S-26 Baby Step 1 (0-12 Months) 600g
RM 64.70
S-26 Baby Step 2 (6-18 Months) 600g
RM 63.90
Lactogen Step 1 Infant Formula (0-12 Months) 1.3kg
RM 55.55
S-26 SMA Step 2 (6-18 Months) 550g
RM 81.40
Nestle NAN Step 2 (6-36 Months) 2 x 600g
RM 145.35
