Diterbitkan: April 2020
Terma Penggunaan
Terma Penggunaan ("Terma") ini mentadbir penggunaan anda tentang laman web dan aplikasi mudah alih yang disediakan oleh foodpanda (atau dirujuk sebagai "kami") (secara kolektif sebagai "Platform"). Sila baca Terma ini dengan teliti. Dengan mengakses dan menggunakan Platform, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami dan mempersetujui Terma termasuk apa-apa terma dan syarat tambahan serta apa-apa polisi yang dirujuk dalam Terma ini, sebagaimana yang disediakan dalam Platform atau melalui hiperpautan. Jika anda tidak bersetuju atau tidak termasuk dalam Terma, sila jangan gunakan Platform.
Platform boleh digunakan oleh (i) individu sebenar yang mencapai umur 18 tahun dan (ii) entiti undang- undang korporat, seperti syarikat. Jika berkenaan, Terma ini tertakluk pada peruntukan khusus negara seperti yang ditetapkan dalam Terma ini.
Pengguna yang berumur bawah 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi undang-undang, yang apabila mempersetujui Terma ini, bersetuju untuk bertanggungjawab atas tindakan anda dan apa-apa tanggungan yang berkaitan dengan penggunaan Platform dan/atau pembelian Barangan anda. Jika anda tidak mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi undang-undang, anda hendaklah berhenti daripada menggunakan/mengakses Platform serta-merta.
foodpanda berhak menukar atau mengubah Terma ini (termasuk dasar kami yang dimasukkan dalam Terma ini) pada bila-bila masa. Anda digalakkan untuk membaca Terma ini dengan kerap. Anda dianggap telah bersetuju dengan Terma yang dipinda berdasarkan penggunaan Platform anda yang berterusan dari tarikh Terma yang dipinda dimuat naik.
1. foodpanda
1.1 Tentang kamiBergantung pada jenis Platform yang anda akses dan gunakan, Terma ini membentuk kontrak antara anda dengan entiti foodpanda berikut:
1. Foodpanda Bangladesh (www.foodpanda.bd)
2. Foodpanda Kemboja (www.foodpanda.kh)
3. Foodpanda Hong Kong (www.foodpanda.hk)
4. Foodpanda Laos (www.foodpanda.la)
5. Foodpanda Malaysia (www.foodpanda.my)
6. Foodpanda Myanmar (www.foodpanda.mm)
7. Foodpanda Pakistan (www.foodpanda.pk)
8. Foodpanda Filipina (www.foodpanda.ph)
9. Foodpanda Taiwan (www.foodpanda.tw)
10. Foodpanda Thailand (www.foodpanda.th)
11. Foodpanda Singapura (www.foodpanda.sg)
1.2 Perkara yang kami lakukan
Melalui Platform kami, foodpanda menghubungkan anda dengan vendor ("Vendor") supaya anda boleh memesan pelbagai barangan termasuk hidangan tersedia, makanan yang bukan tersedia dan item bukan makanan pelbagai (kemudian daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai "Barangan") untuk disampaikan kepada anda. Apabila anda membuat pesanan Barangan daripada Vendor kami ("Pesanan"), foodpanda bertindak sebagai ejen bagi pihak Vendor untuk membantu, memproses dan menyelesaikan pesanan dan berikutnya untuk sama ada kami atau Vendor menyampaikan Pesanan kepada anda. Vendor mungkin memiliki dan mengendalikan vendor pihak ketiga, syarikat sekutu kami, atau kami.
1.3 Cara untuk menghubungi kami
Untuk bantuan pelanggan, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel atau melalui ciri sembang bantuan pelanggan dalam aplikasi kami.
2. Penggunaan Platform dan Akaun foodpanda
2.1 Anda perlu mendaftar untuk akaun foodpanda bagi menggunakan Platform. Apabila anda mendaftar akaun foodpanda, kami akan meminta anda untuk mengemukakan maklumat peribadi anda termasuk alamat e-mel yang sah, nombor telefon bimbit dan kata laluan unik. Untuk membeli Pesanan, bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih, anda mungkin perlu mengemukakan butiran kad kredit anda kepada kami. Kata laluan unik anda tidak sepatutnya dikongsikan dengan sesiapapun dan anda bersetuju untuk merahsiakannya pada semua waktu. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyimpan kata laluan anda dengan selamat. Melainkan untuk kes fraud atau salah guna yang bukan kesalahan anda, anda bersetuju bahawa semua Pesanan yang dibuat bawah akaun foodpanda anda merupakan tanggungjawab anda sepenuhnya.
2.2 foodpanda tidak menanggung liabiliti atas Pesanan yang menghadapi masalah penghantaran yang disebabkan oleh maklumat tidak lengkap, salah atau hilang sepertimana yang dikemukakan oleh anda. Anda bertanggungjawab untuk mengemukakan maklumat yang lengkap, tepat dan benar untuk pemprosesan Pesanan yang wajar, termasuk alamat penghantaran dan maklumat hubungan anda.
2.3 Jika anda ingin menghapuskan akaun foodpanda anda, sila hantar e-mel kepada kami untuk memohon yang demikian. Kami mungkin mengehadkan, menggantung atau menamatkan akaun foodpanda anda dan/atau penggunaan Platform anda, jika kami percaya secara munasabah bahawa:
2.3.1 individu selain anda menggunakan akaun foodpanda anda; atau 2.3.2 apabila anda disyaki atau ditemui melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti atau kelakuan yang melanggar Terma ini, dasar dan garis panduan kami, atau melibatkan diri dalam aktiviti atau kelakuan yang kami anggap menurut budi bicara kami sebagai salah guna Platform.
3. Sekatan
3.1 Aktiviti yang Dilarang dalam Platform
Senarai berikut ialah senarai bukan lengkap bagi jenis kelakuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang dalam Platform. foodpanda berhak menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang wajar terhadap sesiapa sahaja yang, menurut budi bicara mutlak foodpanda, melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dilarang. Aktiviti yang dilarang temasuk, tetapi tidak terhad pada perkara berikut:
3.1.1 menggunakan Platform untuk apa-apa tujuan yang melanggar undang-undang atau peraturan tempatan, negeri, atau persekutuan;
3.1.2 memuat naik apa-apa kandungan yang melanggar hak harta intelek, hak privasi, hak publisiti, hak rahsia dagang, atau apa-apa hak lain bagi mana-mana pihak;
3.1.3 memuat naik kandungan yang melanggar undang-undang, lucah, fitnah, ugutan, gangguan, makian, bersifat fitnah, jahat, atau memalukan terhadap mana-mana orang atau entiti sebagaimana yang ditentukan oleh foodpanda, menurut budi bicara mutlaknya atau menurut standard komuniti tempatan;
3.1.4 memuat naik kandungan yang bersifat buli siber, sebagaimana yang ditentukan oleh foodpanda menurut budi bicara mutlaknya;
3.1.5 memuat naik kandungan yang memaparkan apa-apa kelakuan berbahaya, mengancam nyawa, atau sebaliknya berisiko;
3.1.6 memuat naik nombor telefon, alamat jalan, atau nama keluarga mana-mana individu;
3.1.7 memuat naik URL ke laman web luar atau apa-apa bentuk kod HTML atau pengaturcaraan;
3.1.8 memuat naik apa sahaja yang mungkin "spam," sebagaimana yang ditentukan oleh foodpanda menurut budi bicara mutlaknya;
3.1.9 menyamar sebagai orang lain apabila menghantar kandungan;
3.1.10 memungut atau sebaliknya mengumpulkan maklumat tentang orang lain, termasuk alamat e- mel, tanpa persetujuan mereka;
3.1.11 memberi kebenaran kepada mana-mana orang atau entiti lain untuk menggunakan identifikasi anda untuk menghantar atau membaca komen;
3.1.12 mengganggu, mengugut, menghendap, atau mengasari mana-mana orang dalam Platform;
3.1.13 terlibat dalam apa-apa kelakuan lain yang menyekat atau menghalang mana-mana orang lain untuk menggunakan atau menikmati Laman web, atau yang, menurut budi bicara mutlak foodpanda, mendedahkan foodpanda atau mana-mana pelanggan, pembekal atau mana-mana pihak yang menanggung liabiliti atau apa jua jenis kerugian; atau
3.1.14 menggalakkan orang lain untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang dilarang sebagaimana yang dijelaskan dalam teks ini.
3.2 foodpanda berhak tetapi tidak berkewajipan untuk melakukan mana-mana atau semua perkara berikut:
3.2.1 menyiasat tuduhan bahawa apa-apa kandungan yang dihantar dalam Platform tidak mematuhi Terma ini dan menentukan, menurut budi bicara mutlaknya, untuk menghapuskan dan meminta penghapusan kandungan;
3.2.2 menghapuskan kandungan yang kasar, melanggar undang-undang, atau mengganggu, atau yang sebaliknya gagal untuk mematuhi Terma ini;
3.2.3 menggantung atau menamatkan akses pengguna kepada Platform atau Akaun foodpanda mereka apabila berlaku pelanggaran Terma ini;
3.2.4 memantau, menyunting, atau mendedahkan apa-apa kandungan dalam Platform; dan
3.2.5 menyunting atau memadam apa-apa kandungan yang dihantar dalam Platform, tanpa mengira sama ada kandungan berkenaan melanggar standard ini.
4 Hak Harta Intelek
Semua tanda dagang, logo, imej, dan tanda perkhidmatan, termasuk Terma ini sebagaimana yang dipaparkan dalam Platform atau dalam bahan pemasaran kami, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, merupakan hak harta intelek foodpanda dan/atau pihak ketiga yang membenarkan kami untuk menggunakannya (secara kolektif sebagai "Tanda Dagang"). Anda tidak boleh menggunakan, menyalin, mengeluar semula, menerbit semula, memuat naik, menghantar, memindahkan, mengedar, atau mengubah Tanda Dagang ini dengan apa jua cara tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Penggunaan tanda dagang foodpanda dalam mana-mana laman web lain yang tidak diluluskan oleh kami dilarang sama sekali. foodpanda akan menguatkuasakan secara agresif hak harta inteleknya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang sepenuhnya, termasuk pendakwaan jenayah. foodpanda tidak mewajarkan atau mewakili bahawa penggunaan bahan yang dipaparkan dalam Platform oleh anda tidak melanggar hak pihak ketiga yang tidak dimiliki oleh atau bersekutu dengan foodpanda. Risiko penggunaan apa-apa bahan dalam Platform ditanggung oleh anda.
5 Sekatan untuk Barangan
5.1 Sesetengah Barangan yang ditawarkan dalam Platform kami tertakluk pada sekatan pembelian ("Barangan Disekat"), bergantung pada undang-undang yang berkuat kuasa bagi negara di tempat anda membuat pembelian Barangan Disekat. Sekatan ini termasuk keperluan umur minimum untuk produk alkohol/beralkohol dan apa-apa barangan lain yang kami berhak ke atasnya untuk tidak dihantar kepada anda berasaskan keperluan undang-undang relevan pada masa ia berkuat kuasa.
5.2 Produk Alkohol / Beralkohol (“Alkohol”) Untuk membeli Alkohol, anda hendaklah mencapai umur sah berkanun. foodpanda, Vendor dan penunggang penghantaran mereka, mengikut keadaan, berhak menurut budi bicara mutlak mereka:
5.2.1 untuk meminta bukti sah tentang umur (contohnya, kad pengenalan/ID) daripada mana- mana orang sebelum mereka menghantar Alkohol;
5.2.2 untuk enggan membuat penghantaran jika anda tidak boleh membuktikan bahawa anda mencapai umur sah; dan/atau
5.2.3 untuk enggan membuat penghantaran kepada mana-mana orang atas apa-apa sebab sekalipun.
5.3 Produk Rokok/Tembakau ("Tembakau")
5.3.1 Kami mungkin menawarkan Tembakau pada sebahagian Platform kami jika undang-undang membenarkannya. Dengan menawarkan Tembakau untuk jualan dalam Platform kami, kami
tidak bermaksud untuk mengiklan, mempromosi atau menggalakkan pembelian atau penggunaan Tembakau sama sekali.5.3.2 Untuk membeli Tembakau, anda hendaklah mencapai umur sah berkanun. foodpanda, Vendor dan penunggang penghantaran, menurut keadaan, berhak pada budi bicara mutlak mereka:
(i) untuk meminta bukti sah tentang umur (contohnya, kad pengenalan/ID) daripada mana-mana orang sebelum mereka menghantar Tembakau;
(ii) untuk enggan membuat penghantaran jika anda tidak boleh membuktikan bahawa anda mencapai umur sah; dan/atau
(iii) untuk enggan membuat penghantaran kepada mana-mana orang atas apa-apa sebab sekalipun.
5.4 Apa-apa tawaran untuk mana-mana Alkohol dan Tembakau yang dibuat dalam Platform adalah terbatal apabila ia dilarang oleh undang-undang.
6 Pesanan
6.1 Apabila anda membuat Pesanan dengan foodpanda, foodpanda akan mengesahkan pesanan anda dengan menghantar kepada anda e-mel pengesahan yang mengandungi resit Pesanan. Jika berkenaan, Pesanan termasuk bayaran penghantaran dan apa-apa cukai yang berkuat kuasa (iaitu, cukai barangan dan perkhidmatan, cukai tambah nilai, dan sebagainya).
6.2 Nilai Pesanan Minimum - Sesetengah Vendor kami memerlukan nilai pesanan minimum ("MOV") sebelum Pesanan boleh dibuat dan dihantar kepada anda. Jika Pesanan berkenaan gagal memenuhi MOV, anda mempunyai pilihan untuk membayar baki untuk memenuhi MOV atau menambah lebih banyak Barangan kepada Pesanan anda.
6.3 Arahan Khusus - foodpanda dan Vendor (menurut keadaan) berusaha sewajarnya untuk mematuhi arahan khusus anda untuk sesuatu Pesanan. Walaupun demikian, jika arahan tidak boleh dilaksanakan, tidak mungkin berlaku atau tidak wajar dari segi komersial, foodpanda dan/atau Vendor berhak untuk meneruskan penyediaan Pesanan menurut prosedur pengendalian standard. foodpanda atau Vendor tidak bertanggungjawab untuk menggantikan atau membayar balik Pesanan yang tidak mematuhi arahan khusus yang diberikan oleh anda.
6.4 Alergen - foodpanda tidak bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat bahan atau maklumat alergen dalam Platform. Tambahan pula, foodpanda tidak memberi jaminan bahawa Barangan yang dijual oleh Vendor bebas daripada alergen. Jika anda mempunyai alahan, reaksi alahan atau sekatan dan keperluan diet, sila hubungi Vendor sebelum membuat Pesanan dalam Platform kami.
6.5 Sila ambil perhatian bahawa Pesanan anda tertakluk pada terma dan syarat tambahan yang disediakan oleh Vendor.
6.6 Sebelum membuat Pesanan
6.6.1 Anda perlu mengemukakan alamat penghantaran supaya Platform boleh memaparkan Vendor yang disediakan di kawasan penghantaran anda.
6.6.2 Apabila anda memilih Vendor, anda akan dibawa ke halaman menu Vendor untuk anda memilih dan menambah Barangan anda ke dalam kart.
6.7 Membuat Pesanan
Untuk melengkapkan Pesanan, sila ikuti arahan pada skrin selepas mengklik 'Daftar Keluar'. Anda mungkin perlu mengemukakan butiran tambahan untuk kami melengkapkan Pesanan anda. Anda perlu menyemak semula dan mengesahkan semua maklumat yang anda kemukakan, termasuk amaun, butiran penghantaran, butiran diri, maklumat bayaran, dan kod baucar (jika berkenaan) adalah betul, tepat dan lengkap sebelum anda mengklik "BUAT PESANAN". Pesanan berjaya dilakukan apabila anda menerima pengesahan e-mel yang mengandungi resit Pesanan anda daripada kami.
6.8 Membatalkan Pesanan
6.8.1 Sila hubungi kami serta-merta melalui ciri sembang bantuan pelanggan dalam aplikasi kami jika anda ingin membatalkan Pesanan anda selepas membuatnya. Anda berhak membatalkan Pesanan anda jika Vendor belum lagi menerima Pesanan anda.
6.8.2 Bayaran Balik
(i) Pesanan Bayaran Dalam Talian
Anda berhak untuk mendapat bayaran balik bagi Pesanan yang dibatalkan hanya jika Vendor belum menerima Pesanan anda. Jika anda masih memutuskan untuk membatalkan Pesanan anda selepas ia diterima oleh Vendor, anda memahami bahawa tiada bayaran balik (sama ada sepenuhnya atau sebahagian) akan dibuat kepada anda dan anda melucutkan penghantaran Pesanan yang dibatalkan oleh anda.
(ii) Pesanan Bayar Waktu Terima
Anda berhak untuk membatalkan Pesanan hanya jika Vendor belum menerima Pesanan anda. Jika anda masih memutuskan untuk membatalkan Pesanan anda selepas ia diterima oleh Vendor, anda memahami bahawa anda hendaklah melucutkan penghantaran Pesanan yang dibatalkan oleh anda dan bayar waktu terima boleh dihapuskan daripada senarai kaedah bayaran tersedia anda untuk pesanan anda pada masa depan.
6.9 Foodpanda berhak untuk membatalkan mana-mana Pesanan dan/atau menggantung, menyahaktif atau menghentikan akaun foodpanda anda menurut budi bicara mutlaknya jika kelakuan atau aktiviti fraud disyaki atau dikesan sewajarnya berkaitan dengan akaun foodpanda anda dan/atau Pesanan anda.
7 Harga dan Bayaran
7.1 Harga yang disebut dalam Platform hendaklah dipaparkan dalam mata wang negara berkenaan dan tertakluk pada cukai yang berkuat kuasa. Harga dan tawaran dalam Platform mungkin berbeza dari segi harga dan anda bersetuju bahawa tawaran yang ditawarkan oleh Vendor kami (sama ada pada laman web mereka sendiri, aplikasi mudah alih, atau kedai fizikal mereka).
7.2 Cara kami memaparkan harga Barangan kami mungkin berbeza bergantung pada Vendor, dan harga yang digambarkan dalam Platform kami boleh:
7.2.1 termasuk GST, VAT atau cukai setara yang lain; atau
7.2.1 tidak termasuk GST, VAT atau cukai setara yang lain. Senarai harga dan caj tambahan dipaparkan sebelum Daftar Keluar. Apabila anda membuat Pesanan, anda bersetuju dengan semua amaun, caj tambahan dan amaun 'Jumlah' akhir yang dipaparkan untuk anda.
7.3 Caj penghantaran dikenakan untuk setiap Pesanan melainkan:
7.3.1 anda memilih untuk mengambil Pesanan secara terus daripada Vendor (“Pengambilan”);
7.3.2 anda mempunyai baucar promosi atau diskaun yang sah dan menggunakannya ketika Daftar Keluar; atau
7.3.3 melainkan dinyatakan sebaliknya.
7.4 Harga yang ditunjukkan dalam Platform berasaskan pada masa setiap Pesanan dan mungkin tertakluk pada perubahan.
7.5 Anda boleh memilih untuk membayar Pesanan dengan menggunakan mana-mana kaedah bayaran yang berlainan dalam Platform termasuk:
7.5.1 Rakan bayaran kami: Visa, Mastercard, American Express, Google Pay, PayPal, Apple Pay;
7.5.2 Bayar Waktu Terima; atau
7.5.3 Kaedah bayaran lain yang kami tawarkan dari semasa ke semasa.
7.6 Jika anda mempunyai kredit sedia ada dalam akaun foodpanda anda atau baucar promosi atau diskaun yang sah, anda boleh menggunakan bayaran ini untuk sebahagian atau keseluruhan Pesanan anda mengikut keadaan.
7.7 Selepas Pesanan berjaya dibuat, anda akan menerima pengesahan e-mel daripada kami dengan resit Pesanan anda. Caj penghantaran tidak ditunjukkan dalam resit Pesanan anda jika anda memilih untuk membuat Pengambilan.
7.8 Kaedah Bayaran
foodpanda berhak untuk menawarkan kaedah bayaran tambahan dan/atau menghapuskan kaedah bayaran sedia ada pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya. Jika anda memilih untuk membayar dengan menggunakan kaedah bayaran dalam talian, bayaran akan diproses oleh penyedia perkhidmatan bayaran pihak ketiga. Dengan kebenaran anda, maklumat kad kredit/bayaran akan disimpan dengan penyedia perkhidmatan bayaran pihak ketiga untuk pesanan pada masa hadapan. foodpanda tidak menyimpan maklumat kad kredit atau bayaran.
7.9 Anda hendaklah memastikan bahawa anda mempunyai dana yang mencukupi dalam kad kredit dan debit anda untuk membuat bayaran Pesanan. Setakat yang diperlukan, foodpanda bertanggungjawab terhadap bayaran yang dibuat dalam Platform termasuk bayaran balik, caj balik, pembatalan dan penyelesaian pertikaian, jika ia boleh dilaksanakan dan wajar serta menurut Terma ini.
8 Penghantaran, Pengambilan dan Penghantaran Vendor
8.1 Kawasan Penghantaran
Anda memahami bahawa Vendor kami menawarkan Barangan mereka di kawasan penghantaran khusus dan Vendor kami berbeza berdasarkan satu kawasan penghantaran dengan kawasan penghantaran lain. Apabila anda memasukkan alamat penghantaran anda dalam Platform, anda akan melihat Vendor yang kami sediakan untuk anda pada masa tersebut. Kawasan penghantaran mungkin menjadi luas, mengecil atau berubah bergantung pada keadaan cuaca dan lalu lintas serta situasi yang tidak dapat diramal (force majeure).
8.2 Masa Penghantaran
8.2.1 foodpanda akan menghantar Pesanan anda ke alamat penghantaran yang dikemukakan oleh Anda. Anda boleh memilih Pesanan anda untuk dihantar "ASAP" atau berdasarkan jadual pada masa yang khusus. Masa penghantaran khusus yang dianggarkan akan diberikan kepada anda dalam pengesahan e-mel anda tetapi masa penghantaran mungkin berbeza bergantung pada faktor yang tidak boleh dikawal oleh kami (seperti kuantiti pesanan, jarak, waktu hari (waktu puncak), keadaan cuaca, keadaan lalu lintas dan sebagainya). Anda boleh melihat masa penghantaran berbaki bagi Pesanan apabila anda mengklik 'Pesanan saya' dalam Platform. Anda bersetuju bahawa masa penghantaran yang kami berikan hanyalah satu anggaran dan Pesanan mungkin sampai lebih awal atau lewat. Bagi memastikan bahawa anda tidak terlepas penghantaran Pesanan, anda hendaklah memastikan bahawa anda atau orang lain berada di lokasi penghantaran untuk menerima Pesanan setelah Pesanan dibuat. Jika Pesanan anda mengandungi Alkohol atau Tembakau (jika berkenaan) dan anda atau penerima adalah atau kelihatan di bawah umur sah, atau gagal menyediakan bukti ID yang sah, foodpanda berhak untuk tidak menghantar Pesanan anda kepada anda.
8.3 Penghantaran Tidak Berjaya atau Gagal
8.3.1 Dalam situasi apabila kami menghantar Pesanan tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad pada:
(i) tiada orang yang berada atau bersedia untuk menerima Pesanan; atau
(ii) pelanggan tidak boleh dihubungi walaupun usaha telah dibuat untuk menghubungi pelanggan melalui nombor telefon yang diberikan; atau
(iii) tiada akses yang sesuai atau mencukupi untuk menghantar Pesanan dengan jayanya;
(iv) tiada lokasi sesuai atau selamat untuk meninggalkan Pesanan; atau
(v) untuk Barangan Disekat, pelanggan tidak memenuhi keperluan umur berkanun atau penghantaran menganggap ia selamat atau wajar untuk pelanggan menerima Barangan Disekat.
8.3.2 Pembatalan Tidak Muncul
Jika anda kekal tidak boleh dihubungi atau gagal menerima Penghantaran dalam masa sepuluh (10) minit dari masa Penghantaran sampai di alamat penghantaran anda, foodpanda berhak membatalkan Penghantaran tanpa bayaran balik atau remedi untuk anda.
8.4 Pesanan Salah, Item Hilang, Barangan Cacat
Ketika menerima Pesanan anda, jika anda mendapati Pesanan anda mempunyai masalah (contohnya, pesanan salah, pesanan cacat, atau item hilang), sila hubungi bantuan pelanggan melalui salah satu kaedah yang dinyatakan dalam Klausa 1.3 di atas serta-merta. Bagi sesetengah kes, foodpanda mungkin meminta bukti bergambar dan/atau maklumat tambahan untuk menyiasat isu berkenaan Pesanan anda sewajarnya. Jika kami mendapati bahawa Pesanan dan/atau Barangan yang anda terima memiliki keadaan atau kualiti yang tidak memuaskan, kami akan memberi pampasan kepada anda untuk Pesanan anda atau sebahagian Pesanan anda.
8.5 Pengambilan Pesanan
8.5.1 Jika ada, anda mempunyai pilihan untuk mengambil Pesanan anda secara sendiri terus dari premis Vendor ("Pengambilan") dan bukan Pesanan yang dihantar kepada anda. Pengesahan e-mel anda akan menyatakan masa untuk anda membuat Pengambilan Pesanan ("Masa Pengambilan"). Vendor akan menyediakan Pesanan anda sebelum Masa Pengambilan. Untuk sesetengah kes, kelewatan yang munasabah mungkin dijangka. Vendor bersetuju untuk memegang Pesanan untuk anda di premis Vendor selama tidak lebih daripada tempoh munasabah dua puluh (20) minit dari Masa Pengambilan ("Tempoh Pemegangan ") dan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan Pesanan kepada anda jika anda gagal membuat Pengambilan Pesanan anda dalam Tempoh Pemegangan.
8.5.2 Sekiranya kelewatan tidak munasabah untuk Pengambilan berlaku disebabkan oleh anda, anda menanggung risiko apa-apa kerosakan atau kehilangan Barangan atau apa-apa kemerosotan kualiti atau perubahan keadaan Barangan (contohnya, perubahan suhu yang sesuai untuk penggunaan). Dalam kes ini, anda tidak berhak untuk mendapat penggantian, bayaran balik atau penukaran Barangan. Anda sendiri bertanggungjawab untuk memeriksa Barangan/Pesanan apabila anda membuat Pengambilan Pesanan anda dan hendaklah melaporkan apa-apa isu dan/atau kecacatan kepada Vendor sebelum meninggalkan premis Vendor.
8.6 Penghantaran Vendor
Untuk sesetengah kes, Vendor kami akan menghantar Pesanan kepada anda ("Penghantaran Vendor"). Walaupun kami akan berusaha sewajarnya untuk menyediakan notis terlebih dahulu kepada anda tentang Penghantaran Vendor, perkara ini mungkin tidak boleh dilakukan pada semua masa. Apabila Penghantaran Vendor dilakukan, kami mungkin meminta anda untuk menghubungi Vendor secara terus sekiranya terdapat masalah atau kelewatan penghantaran anda. foodpanda tidak bertanggungjawab atas apa-apa cara Pesanan atau Barangan yang dihantar oleh Vendor.
9 Baucar, Diskaun dan Promosi
9.1 Dari masa ke masa, foodpanda mungkin menjalankan kempen pemasaran dan promosi yang menawarkan kod baucar diskaun, dan tawaran promosi lain untuk digunakan dalam Plaftorm ("Baucar"). Baucar tertakluk pada tempoh sah, tempoh tebusan, dan dalam sesetengah kes, mungkin hanya untuk digunakan sekali.
9.2 Baucar mungkin tidak sah apabila digunakan dengan promosi lain, diskaun atau baucar lain. Baucar mungkin tertakluk pada terma dan syarat tambahan.
9.3 Melainkan sebaliknya dinyatakan, Baucar hanya boleh digunakan dalam Platform kami.
9.4 Baucar tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.
9.5 foodpanda berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menolak penggunaan apa-apa baucar tanpa notis terlebih dahulu. Bagi restoran individu, tertakluk pada terma dan syarat.
9.6 Kami boleh mengecualikan sesetengah Vendor daripada penggunaan Baucar pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda.
10 Representasi, Waranti dan Pembatasan Liabiliti
10.1 Representasi dan Warranti
Anda mengakui dan bersetujui bahawa kandungan dalam Platform disediakan berasaskan "sedia ada" dan " ketersediaan", dan bahawa penggunaan atau pergantungan anda pada Platform dan apa-apa kandungan, barangan, produk dan perkhidmatan yang diakses atau diperoleh dengan itu adalah bawah tanggungan risiko dan budi bicara anda sendiri. Walaupun foodpanda berusaha sewajarnya untuk memastikan peruntukan Platform dan perkhidmatan yang kami tawarkan tersedia sepanjang masa, kami tidak memberi waranti atau representasi bahawa Platform hendaklah disediakan dengan cara yang selamat, tepat pada masa, tanpa gangguan, tanpa ralat, tanpa kesukaran teknikal, kecacatan atau virus. Sila buat jangkaan tentang gangguan sementara Platform yang disebabkan oleh kerja penyelenggaraan sistem berjadual atau berkala, waktu tergendala kerana Internet atau komunikasi elektronik atau kejadian yang tidak dapat diramal (force majeure).
10.2 Pembatasan Liabiliti
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, foodpanda (yang termasuk pekerja, pengarah, ejen, wakil, sekutu dan syarikat induknya) mengecualikan semua liabiliti (sama ada berpunca daripada kontrak, kecuaian atau sebaliknya) atas kehilangan atau kerosakan yang mungkin ditanggung oleh anda atau mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan Platform kami, perkhidmatan kami, dan apa-apa laman web yang dipautkan pada Platform kami dan apa-apa kandungan atau bahan yang dihantar padanya. Remedi eksklusif anda yang berkaitan dengan penggunaan Platform adalah untuk menamatkan penggunaan Platform anda. Entiti foodpanda, ejen, wakil dan pembekal perkhidmatannya tidak menanggung apa-apa kerosakan tidak langsung, khas, sampingan, lanjutan, atau teladan akibat penggunaan Platform anda atau untuk apa-apa tuntutan lain yang berkaitan dengan apa-apa cara penggunaan Platform anda. Pengecualian untuk kerosakan tidak langsung, khas, lanjutan dan teladan termasuk, tanpa pengehadan, kerosakan untuk kehilangan keuntungan, kehilangan data, kehilangan muhibah, kerja tergendala, kegagalan atau kepincangan komputer, atau apa-apa kerosakan atau kehilangan komersial lain, walaupun jika entiti foodpanda, ejen, wakil, dan pembekal perkhidmatannya diberi nasihat tentang kemungkinan yang tersebut dan tidak mengira teori undang-undang atau kesaksamaan yang menjadi asas tuntutan. Oleh sebab sesetengah negeri atau bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian atau pembatasan liabiliti untuk kerosakan lanjutan atau sampingan, di dalam negeri atau bidang kuasa berkenaan, liabiliti foodpanda, entiti foodpanda, ejen, wakil dan pembekal perkhidmatannya adalah terhad setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
10.3 Representasi Vendor
foodpanda tidak menanggung liabiliti atas tindakan atau peninggalan Vendor atau anda, yang berkenaan peruntukan Barangan dan apabila Penghantaran Vendor dilaksanakan untuk Pesanan anda. foodpanda tidak menanggung liabiliti atas kuantiti, kualiti, keadaan atau representasi lain bagi Barangan dan/atau perkhidmatan oleh Vendor atau memberi jaminan tentang ketepatan atau kecukupan maklumat (termasuk maklumat menu, gambar dan imej Barangan) yang dipaparkan oleh penyenaraian/penawaran Vendor dalam Platform. Tiada satu pun dalam Terma ini mengecualikan liabiliti Vendor atas kematian atau kecederaan peribadi akibat kecuaian keterlaluan atau salah laku sengaja Vendor.
11 Liabiliti Vendor
Vendor bertanggungjawab atas penyediaan, keadaan dan kualiti Barangan. Untuk Penghantaran Vendor, Vendor bertanggungjawab atas penghantaran Barangan dan/atau Pesanan. Foodpanda tidak menanggung liabiliti atas apa-apa kehilangan atau kerosakan akibat hubungan kontrak anda dengan Vendor.
12 Perlindungan Data Peribadi (Maklumat Peribadi)
Anda bersetuju dan membenarkan foodpanda dan mana-mana syarikat sekutunya untuk mengumpulkan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda menurut Terma ini dan dihuraikan selanjutnya dalam Dasar Privasi kami. Dasar Privasi boleh didapati melalui pautan dalam Platform kami, dan membentuk sebahagian daripada Terma ini.
13 Indemniti
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahan, memegang lepas foodpanda, pengarah, pegawai, pekerja, wakil, ejen, dan sekutunya, daripada apa-apa dan semua tuntutan, liabiliti, kerosakan dan/atau kos pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad pada, yuran guaman) akibat penggunaan Platform anda atau pelanggaran Terma ini oleh anda.
14 Pautan dan Laman Web Pihak Ketiga
Platform mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga lain dan dengan mengklik pautan ini, anda bersetuju untuk melakukannya dengan menanggung risikonya sendiri. foodpanda tidak mengawal atau menyokong laman web atau pautan pihak ketiga ini dan tidak bertanggungjawab atas kandungan halaman yang dipautkan ini. foodpanda tidak menangggung liabiliti atau tanggungjawab untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan yang mungkin ditanggung oleh anda berhubungan dengan akses dan penggunaan pautan dan laman web pihak ketiga ini oleh anda.
15 Penamatan
foodpanda berhak untuk menamatkan, menggantung atau memadam akaun dan akses anda kepada Platform, termasuk apa-apa perkhidmatan penghantaran yang kami sediakan untuk anda berkaitan dengan Pesanan, atas sebarang sebab, termasuk, tanpa pengehadan, jika foodpanda, menurut budi bicara mutlaknya, menganggap bahawa penggunaan anda tidak boleh diterima, atau jika berlaku apa- apa pelanggaran Terma ini oleh anda. foodpanda boleh, tetapi tanpa apa-apa kewajipan, untuk memberikan amaran kepada anda sebelum penamatan penggunaan Laman Web anda.
16 Pindaan
foodpanda boleh meminda Terma ini pada bila-bila masa menurut budi bicaranya. Terma yang dipinda berkuat kuasa serta-merta apabila dimuat naik dan anda bersetuju dengan Terma baharu melalui penggunaan Platform yang berterusan. Anda bertanggungjawab untuk memerika Terma secara berkala. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma yang dipinda, sama ada keseluruhan atau sebahagian, anda hendaklah berhenti daripada menggunakan Platform serta-merta.
17 Kebolehasingan
Sekiranya mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini dianggap tidak sah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten, ketaksahan peruntukan berkenaan tidak memberi kesan pada kesahan peruntukan lain dalam Terma Penggunaan ini yang terus berkuat kuasa sepenuhnya. Tiada penepian mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini dianggap sebagai penepian lanjutan atau berterusan tentang peruntukan berkenaan atau mana-mana peruntukan lain.
18 Undang-undang Pentadbiran
Terma ini hendaklah ditadbir dan diertikan menurut undang-undang negara/mahkamah bidang kuasa di tempat entiti foodpanda diperbadankan sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual di bawah. Mahkamah berikut mempunyai bidang kuasa atas apa-apa pertikaian atau tuntutan yang disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan Platform:
1. Foodpanda Bangladesh (www.foodpanda.bd); Republik Rakyat Bangladesh
2. Foodpanda Cambodia (www.foodpanda.kh); Kerajaan Kemboja
3. Foodpanda Hong Kong (www.foodpanda.hk); Hong Kong S.A.R., Republik China
4. Foodpanda Laos (www.foodpanda.la); Republik Demokrasi Rakyat Lao
5. Foodpanda Malaysia (www.foodpanda.my); Kerajaan Malaysia
6. Foodpanda Myanmar (www.foodpanda.mm); Republik Kesatuan Myanmar
7. Foodpanda Pakistan (www.foodpanda.pk); Republik Islam Pakistan
8. Foodpanda Philippines (www.foodpanda.ph); Republik Filipina
9. Foodpanda Taiwan (www.foodpanda.tw); Taiwan, Republik China
10. Foodpanda Thailand (www.foodpanda.th); Kerajaan Thailand
11. Foodpanda Singapore (www.foodpanda.sg); Republik Singapura
19 Hubungi Kami
Jika anda ingin menghubungi kami tentang apa-apa soalan atau komen anda, sila hantar e-mel kepada e-mel bantuan pelanggan atau melalui ciri sembang bantuan pelanggan dalam aplikasi kami.
20 Barangan Runcit / PandaNow / Kedai Runcit
20.1 Pembelian Barangan daripada Vendor dalam 'KEDAI' dalam Platform, termasuk PandaNow (“KEDAI”) tertakluk pada Terma ini. Selain itu, anda bersetuju untuk mematuhi apa-apa dan semua garis panduan, notis, peraturan pengendalian dan dasar serta arahan berkaitan dengan pembelian Barangan daripada KEDAI yang dimasukkan dalam dan membentuk sebahagian daripada Terma ini.
20.2 Oleh sebab kekangan penghantaran, foodpanda mungkin perlu mengenakan had amaun Pesanan anda atau had kuantiti Barangan dalam Pesanan anda daripada KEDAI menurut budi bicara mutlaknya.
20.3 Melainkan sebaliknya dinyatakan, semua pembelian daripada KEDAI tertakluk pada dasar pembatalan, bayaran balik dan pemulangan KEDAI.
20.4 Jika harga apa-apa Barangan bergantung pada berat Barangan yang ditentukan, kami akan menyediakan anggaran harga awal untuk tujuan daftar keluar. Harga akhir akan dinyatakan dalam pengesahan e-mel anda yang mengandungi invois cukai anda. Untuk bayaran kurang, amaun tambahan akan dikenakan kepada anda. Untuk bayaran berlebihan, amaun lebihan akan dibayar balik menurut dasar pembatalan, bayaran balik dan pemulangan KEDAI kami.
20.5 Kami berhak, tetapi tidak berkewajipan, untuk menyekat atau mengehadkan jualan Barangan kami kepada mana-mana individu, wilayah geografi atau bidang kuasa. Oleh sebab undang- undang di sesetengah negara, kami tidak menawarkan jualan barangan tertentu, atau item disekat kepada anda (seperti alkohol, tembakau, dan sebagainya). Apa-apa tawaran untuk mana- mana Barangan yang dibuat dalam Platform adalah terbatal apabila ia dilarang oleh undang- undang.
21 Bahasa Lazim
Jika terdapat pertikaian tentang Terma, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai. Versi bahasa Inggeris bagi Terma ini akan mengawal semua perkara dan akan diguna pakai sekiranya terdapat apa-apa ketaktekalan dalam versi terjemahan.
22 Share The Meal
Semua sumbangan di bawah program ShareTheMeal ini akan dihantar ke World Food Program sebagai penerima akhir setelah diproses oleh FOODPANDA RO SR (sebahagian daripada Kumpulan Delivery Hero).