Food and Grocery Delivery from Kuala Lumpur’s Best Restaurants and Shops
The meals you love, delivered with care
Kuala Lumpur tidak hanya terkenal dengan kepelbagaian destinasi pelancongan yang menarik, tetapi ia juga terkenal dengan tarikan makanan yang pelbagai.Ini memberi kecenderungan kepada penduduk bagi menuntut makanan terbaik di sini. Oleh sebab itu, Kuala Lumpur kini telah berkembang dengan ratusan destinasi tempat untuk memesan hidangan yang menarik bermula dari Chulan Square sehingga Asian Heritage Row. Ibu kota ini penuh dengan pilihan untuk menjamu selera.
Kuala Lumpur terkenal dengan tarikan gabungan budaya tradisional dan moden, dengan kepelbagaian gerai makanan, restoran atau makanan yang tersedia untuk penghantaran, ia adalah tarikan buat para pecinta makanan. Dengan adanya servis penghantaran makanan seperti foodpanda, ia memudahkan lagi bagi para penggemar makanan untuk mencuba pelbagai hidangan yang berlainan. Servis penghantaran makanan di sekitar KL termasuk hidangan tempatan seperti:
Dengan foodpanda, anda boleh dapatkan lebih dari 30 hidangan restoran terbaik yang anda inginkan. Anda boleh memesan hidangan tengah hari yang berkhasiat, makan malam atau snek tengah malam dari restoran yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan 24 jam di sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh memilih hidangan, minuman dan sebagainya secara dalam talian dan akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Makanan yang lazat tidak pernah sedekat ini dengan meja anda!
Dari Little Korea ke Little India, dan Bangsar ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur mempunyai variasi hidangan kegemaran pelanggan. Dalam gabungan budaya dan sejarah yang unik, di celahan bangunan-bangunan pencakar langit begitu juga kuil-kuil dan masjid-masjid, seseorang boleh dapatkan segala jenis hidangan bermula dengan penghantaran masakan tradisi rakyat Malaysia, masakan barat ke masakan India, masakan Cina ke masakan Jepun, Itali dan Pizza - kepelbagaian bau dan ramuan ibarat pesta, sekaya budaya di bandar ini sendiri. Dengan hanya menggunakan hujung jari, makanan terbaik di sekitar KL ini sudah tersedia untuk penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan foodpanda dan melalui pesanan dalam talian, segala hidangan yang bertepatan dengan selera dan bajet anda dapat kami hantarkan. Jika anda ingin mendapatkan penghantaran makanan ke kawasan sekitar Kuala Lumpur, anda boleh dapatkannya di laman web foodpanda. Anda bukan sahaja boleh memesan hidangan yang lazat, bahkan terdapat juga minuman seperti kopi daripada kafe terkenal di Kuala Lumpur. Terdapat variasi restoran makanan Halal yang menjadi pilihan anda. Anda hanya perlu santai dan menikmati penghantaran makanan halal dari restoran-restoran terbaik di Kuala Lumpur ini samada dengan menggunakan kad kredit atau secara tunai.
Amat mudah untuk menikmati makanan yang dibawa terus ke rumah anda dengan menggunakan perkhidmatan foodpanda- dengan lebih 170 restoran di bandar ini, anda boleh membuat pilihan hidangan kegemaran anda dari pelbagai tempat yang menawarkan servis penghantaran di sekitar Kuala Lumpur,Malaysia. Dengan mudah, anda boleh membuat pesanan burger, melayari menu dari Starbucks Malaysia atau menu dari Sakae Sushi, Sushi Q, Souper Tang atau jika hidangan Mexico menjadi pilihan anda, kunjungi LA Boca Cafe. Anda juga boleh dapatkan hidangan-hidangan yang lazat dari pelbagai restoran seperti Souled Out Sri Hartamas, Village Roast Duck Bangsar dan Nando's Bangsar. Nikmati servis penghantaran makanan di sekitar Setapak dan Cheras. foodpanda akan menjadikan pesanan dalam talian lebih mudah supaya anda boleh menikmati hidangan kegemaran hanya dari keselesaan kediaman anda.