PxPixel

Food and Grocery Delivery from Bintulu’s Best Restaurants and Shops

Restoran popular

Penghantaran makanan di Bintulu

Budaya makanan di Bintulu adalah amat menarik dengan gabungan unik hidangan moden dan tradisional. Ia adalah bandar yang sangat sesuai untuk mereka yang sukakan manisan, kerana terdapat banyak kafe dan restoran yang khusus dalam menyediakan teh manis, kek, aiskrim, smoothie dan pelbagai jenis pencuci mulut yang berlainan rasa serta rupa. Makanan segera juga popular dengan pelbagai pilihan restoran pizza, burger dan ayam goreng yang turut menyediakan khidmat penghantaran. Jika anda inginkan sesuatu yang lebih sihat, cubalah pilihan makanan laut tempatan yang biasanya dilengkapi dengan nasi kukus dan sayur-sayuran segar.

Pilih foodpanda untuk penghantaran makanan di Malaysia

Sekiranya anda mempunyai hari yang sibuk di tempat kerja dan terlalu letih untuk memasak, foodpanda menyediakan beratus hidangan lazat untuk dipilih. Apabila memesan makanan secara dalam talian dengan foodpanda, anda boleh memilih dari pelbagai restoran sebelum membuat pesanan dengan hanya beberapa klik. Sejurus itu, pesanan akan dihantar kepada anda oleh rider kami yang mesra dan dipercayai.

Nikmati makanan lazat apabila anda memesan makanan di Bintulu

Dapatkan apa jua makanan istimewa Malaysia yang enak belaka apabila memilih restoran-restoran di Bintulu. Makanan di sini dipengaruhi oleh banyak tempat dan budaya, dari resipi tradisional Malaysia hinggalah ke pengunaan ramuan dan rempah dari Cina, India, Korea, Jepun dan Indonesia. Bandar ini terletak di negeri Sarawak, di mana sajiannya pada kebiasaan adalah kurang pedas berbanding kawasan lain di Malaysia. Walaubagaimanapun, bubur pedas, bubur nasi dengan cili, halia, dan serai merupakan makanan kegemaran ramai. Salah satu minuman manis yang paling popular di Bintulu pula dikenali dengan gelaran White Lady, ia diperbuat dari jus mangga, susu, dan nanas.

Terokai restoran-restoran terbaik di Bintulu

Apabila anda mencari 'penghantaran makanan berdekatan saya', anda mungkin akan menemui pelbagai restoran untuk dipilih, tetapi ini adalah beberapa restoran terbaik di Bintulu yang kami syorkan. Tunis adalah sebuah restoran yang digemari oleh penduduk tempatan dan terkenal dengan hidangan laksa, ikan bakar dan kari kambing. Selain itu, Seoul Chicken Restaurant adalah kedai makanan yang mendapat sambutan hangat, hasil menunya yang dinspirasikan dari citarasa Korea merangkumi mi, masakan tumis, sup dan ayam goreng rangup. Jika anda mencari minuman untuk menghilangkan dahaga atau sesuatu yang manis, ShareTea adalah jawapannya. Di sini juga terdapat pelbagai jenis teh klasik, jeli dan boba serta jus buah pic, plum dan mangga segar. Akhir sekali, pilihlah Alliya Maju Cafe untuk nasi dan makanan laut yang dimasak dengan sempurna.